KATA MUTIARA

Motto adalah kata-kata atau seruan yang menggambarkan motivasi, semangat, dan tujuan dari suatu organisasi. Pengguna motto ini biasanya adalah negara, kota, universitas, dan keluargakeluarga bangsawan. Biasanya motto ditulis dalam bahasa kuno atau daerah di tempat tersebut seperti bahasa Latin atau Perancis di Eropa. Sedangkan untuk di Indonesia dan daerah sekitarnya, motto biasa ditulis dalam bahasa Kawi atau Sansekerta (sumber : wikipedia).

Motto bisa juga digunakan sebagai prinsip hidup seseorang. Motto bisa juga menjadi pandangan hidup seseorang. Bahkan banyak sekali catatan yang merangkum kata-kata mutiara atau motto yang dikeluarkan oleh orang-orang yang pengaruh di dunia.
Bagi yang sedang proses penyusunan skripsi, tesis, dan disertasi, biasanya mereka harus mencantumkan 2-3 motto dalam karya ilmiah mereka. Apabila mahasiswa kesulitan untuk mencari motto, maka di sini terangkum contoh-contoh motto hidup dan kata-kata mutiara yang bisa digunakan dalam skripsi, tesis, dan disertasi anda.
  • Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
  • Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
  • Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
  • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
  • Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
  • Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
  • Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
  • Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
  • Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
  • Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
  • Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. ~Whittier
  • Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
  • Awal mula pohon ialah benih.
  • Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
  • Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka –Soekarno
  • Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
  • Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
  • Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
  • Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
  • Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
  • Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
  • Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  • Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
  • Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)
  • Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
  • Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
  • Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
  • Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
  • Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
  • Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
  • Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
  • Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  • Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
  • Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
  • Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
  • Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
  • Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
  • Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni
  • Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
  • Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
  • Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
  • Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..
  • Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
  • Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
  • Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
  • Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
  • Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya.
  • Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
  • Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .
  • Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang
  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  • Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
  • Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
  • Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
  • Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
  • Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  • Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
  • Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
  • Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
  • Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
  • Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
  • Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
  • Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
  • Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
  • Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
  • Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
  • Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
  • Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
  • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
  • Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  • Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
  • Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  • Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
  • Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  • Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
  • Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
  • Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
  • Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
  • Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  • Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
  • Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
  • Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
  • Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse
  • Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
  • Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
  • Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
  • Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
  • Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
  • Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
  • Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  • Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  • Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
  • Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
  • Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  • Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
  • Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
  • Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius
  • Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa
  • Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
  • Orang yang berkhianat selalu terhina.
  • Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
  • Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
  • Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
  • Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
  • Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
  • Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
  • Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
  • Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
  • Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
  • Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
  • Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  • Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
  • Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju Albert Einstein : Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  • Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
  • Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
  • Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
  • Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
  • Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
  • Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
  • Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
  • Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
  • Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
  • Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya
  • Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
  • Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
  • Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
  • Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
  • Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~Hukama
  • Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
  • Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
  • Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
  • Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  • Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
  • Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  • Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
  • Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
  • Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
  • Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad
  • Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  • Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
  • Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga.
Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti. Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

2 komentar:

Unknown mengatakan...

Aku Tidak Akan Pernah Menarik kata-kataku kembali,Karna itulah
Jalan Hidupku

Rajulyaum mengatakan...

kata-katanya bagus bngt....

Posting Komentar